Sumbangan Sukarelawan JKM Petaling dalam Projek Mural KDSF-NC

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada En. Perkas Rao, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling , yang telah membantu mendapatkan para sukarelawan JKM Petaling untuk hadir ke Kiwanis Down Syndrome Foundation-National Centre pada pagi Sabtu, 1 Ogos 2026, bagi bersama-sama membantu mewarnakan mural “ Celebrate the Beauty of Innocence ”. 🎨💛

Kami amat menghargai segala usaha, masa dan sokongan yang diberikan. Terima kasih kerana membantu menjayakan projek ini dan menceriakan lagi persekitaran anak-anak kami. 🙏✨